Saturday, April 21, 2007

MY KELANTAN (V)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
DINAR EMAS KELANTAN
Spesifikasi, Berat: 4.25gm, Diameter: 23mm, Ketulenan: 91.7%

Dpt pegang skali pon jadi la..ngeh2...lawa tol~

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
POHON PITIS
Diukir dari timah sebanyak 13 keping seperti yang dikeluarkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad Ke-IV di Negeri Kelantan dalam tahun 1903. Pada duit syiling itu tertulis “THURIBA FI ZUL-HIJJAH SANAT 1321”, iaitu diperbuat dalam bulan Zulhijah tahun Masihi 1903. Di sebalik duit syiling itu pula tertulis “BELANJAAN KERAJAAN KELANTAN”, iaitu bererti Mata wang Kerajaan Kelantan. Perkataan ‘pitis’ bererti ‘wang’ mengikut loghat Kelantan dan ia merupakan salah satu pecahan mata wang yang digunakan di Kelantan sehingga tahun 1920.